Thursday, November 29, 2007

DAPUR OTAKU







SALAM SEJASTERA

TERIMA KASIH MELAWATI DAPUR KAMI.

ANDA PERLU SEDIAKAN BAHAN SEPERTI BERIKUT:-

1. PERENCAH OTAKU

2. MINYAK

3. KOEY TEOW

4. UDANG atau apa- apa yang anda inginkan

5.TELOR

6. AIR

7. TAUGE

8. DAUN BAWANG di hiris halus




















Peralatan :Kuali , senduk dan dapur....* masa masak api perlu kuat

*****************************************


Untuk Char Kuey Teow anda perlu masak satu - satu.


Jom Kita Masak......



Panas Minyak lalu masukkan udang atau apa- apa le yang anda rasa nak makan.... Bila dah masakkan udang , masukkan 6 sudu makan atau 1 senduk kecil seperti dalam gambar tu perencah OTAKU . Masukkan Air biasa atau kalau nak sedap lagi masukkan air rebusan udang. Macam mana air rebusan udang?? ok... air rebusan udang ialah UDANG yang dimesin dengan bawang putih dan bawang besar kemudian kita rebuskan sehingga didih. Kadar kuantiti ikut pada keperluan kita. Kemanisan udang tadi buatkan masakkan anda lebih sedap. Ok selepas dimasukkan air , masukkan segenggam KUEY TEOW jangan terlalu banyak agak-agak 70gm sahaja terus dengan memasukkan tauge dan daun bawang terpulang pada selera masing -masing kucai juga boleh di gunakan. Kacau bahan tadi dan pukul telor terlebih dahulu lalu masukkan . Segera mati kan api setelah dimasukkan telor ini adalah kerana elak kuah jadi kering. Sediakan pinggan angkat dan hidang. Mudah jerr... kan kan kan...!!!! Masa sebenar mengoreng tidak melebihi 40 saat.


Perencah OTAKU tidak perlu menambah bahan perasa yang lain lagi...



Boleh Goreng yang Lain Tak ??????

Bolehhhh ...

KUEY TEOW KERANG pun Sempoi...!! cara masaknya sama cuma gunakan kerang dan kurang air, goreng hingga kering. Tauge jangan terlalu masak. baru best..!!!


Untuk Mee goreng , Bihun goreng, Mee Sanggul goreng dan Magie Goreng seperti biasa panaskan minyak masukkan sotong, ayam dan sebagainya kacau hingga masak. Masukkan 6 sudu makan PERENCAH OTAKU . Untuk yang sukakan pedas masukkan sesudu cili sos. Masukkan setengah senduk atau cawan air . Masukkan sayur seperti sawi kobis tomato dan sebagainya. Masukkan segenggam mee kacau sehingga kering lalu masukkan tauge dan telor kacau dan angkat. Mudah jer kan.... Untuk Yang lain begitu juga. Lebihkan air jika perlu ianya lembab. Jika ingin goreng pada kadar yang banyak maka sukatan perencah perlu di tambah. Ini panduan untuk sepinggan sahaja. Jika 3pinggan - 6 sudu x 3 pinggan. begitu seterusnya.



Untuk Berkuah cara masaknya begini.......

Masukkan bahan seperti diatas juga cuma lebihkan 2 sudu sos cili(ikut keperluan) dan tambah 2 sudu makan kicap sotong @ kicap cair , 2 cawan air . Masukkan sayur- bunga kobis, buah tomato , putik jagung, sawi, kobis dan sebagainya.Untuk jadikan kuah agak pekat guna sesudu tepung jagung .Masukkan mee atau sebagainya kacau lalu angkat. ..


Untuk mee udang ... masukkan udang yang besar-besar jadi ler mee udang.... sedapppppp.